RE : PEMBAHAGIAN KES SIVIL DAN JENAYAH MAHKAMAH MAJISTRET TAIPING

Dear Members,

We have just received this update from Mahkamah Taiping. Please take note of its contents.

Further details and attachments can be found below:

LIST KES KPD MM1

LIST KES KPD MM2

Senarai Kes Pindah ke MM2 (GENAP)

Senarai part heard 2019

Senarai part heard 2020

Thank you.

LAI CHOE KEN, KENNY
Chairperson
Court Liaison
Perak Bar Committee

_____________________________________________________________________________________________________

 

Untitled 1 Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
  1. Bertindak atas arahan YBrs Tuan Pengarah, pada 9 Mac 2022, adalah dimaklumkan bahawa mulai 1 April 2022, kedua-dua Mahkamah Majistret di Taiping akan mendengar kes-kes sivil dan jenayah. Butir- butir adalah seperti berikut:
Bil Butir-butir Mahkamah Majistret (1), Taiping Mahkamah Majistret (2), Taiping  
1.1 Pertukaran Nama Mahkamah Mahkamah Majistret (Sivil) Taiping ditukarkan kepada Mahkamah Majistret (1), Taiping. Mahkamah Majistret (1) Taiping kekal mengendalikan kes-kes Mahkamah Majistret Selama (Litar).   Mahkamah Majistret (Jenayah) Taiping ditukarkan kepada Mahkamah Majistret (2), Taiping
1.2 Kes-kes yang telah didaftarkan sebelum 1.4.2022   Kes-kes ini akan dibahagikan sama rata di antara kedua-dua Mahkamah sebagaimana di lampiran. Kes-kes ini akan dibahagikan sama rata di antara kedua-dua Mahkamah sebagaimana di lampiran. Kes-kes bagi kod 86, 86AES, 86JPJ, 86POL, 87, 87EG dan 87ES kekal di Mahkamah Majistret (2) Taiping.    
1.3 Kes-kes Jenayah yang didaftarkan bermula dari 1.4.2022 dan seterusnya   Menerima pendaftaran kes-kes bernombor ganjil bagi semua kod Jenayah. Tidak menerima pendaftaran bagi kes 86, 86AES, 86JPJ, 86POL, 87, 87EG dan 87ES.     Menerima pendaftaran kes-kes bernombor genap bagi semua kod Jenayah dan semua kes bagi kod 86, 86AES, 86JPJ, 86POL, 87, 87EG dan 87ES.    
1.4 Kes-kes Sivil yang didaftarkan bermula dari 1.4.2022 dan seterusnya Menerima pendaftaran kes bernombor ganjil bagi semua kod sivil.   Menerima pendaftaran kes bernombor genap bagi semua kod sivil.
1.5 Kes-kes pelaksanaan Penolong Pendaftar diarahkan untuk mengambil alih tugasan pemantauan bailif di Mahkamah Rendah Taiping.   Pengurusan kes dikendalikan oleh semua pegawai Mahkamah Rendah mengikut digit pendaftaran masing-masing.  
1.6 Waktu persidangan bagi kes-kes dibawah kod 86, 86AES, 86JPJ, 86POL di Mahkamah Majistret (2) Taiping   Kes-kes ini ditetapkan pada setiap hari Rabu jam 8.30 pagi bermula 1.6.2022
1.7 Waktu persidangan bagi kes-kes di bawah kod 87, 87EG dan 87ES di Mahkamah Majistret (2) Taiping   Kes-kes ini ditetapkan pada setiap hari Rabu jam 2.00 petang bermula 1.6.2022
  1. Bersama ini juga dilampirkan senarai kes-kes yang dipindahkan dari Mahkamah Majistret (1) ke Mahkamah Majistret (2) dan juga kes-kes dari dari Mahkamah Majistret (2) ke Mahkamah Majistret (1) untuk perhatian pihak Tuan/Puan. Untuk makluman pihak Tuan/Puan keseluruhan kes sambung bicara Jenayah adalah dikekalkan di hadapan Mahkamah Majistret 2.
  1. Kerjasama dan perhatian daripada pihak Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menjalankan amanah,

Aina Syakinah
(AINA SYAKINAH BINTI AMINUDDIN)

Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Taiping
05-8073316 | *
ainasyakinah@kehakiman.gov.my
© 2020 All rights reserved by The Perak Bar Committee

Powered by Infinitas Technologies (M) Sdn. Bhd.