PER : MAKLUMAN PENUTUPAN AKAUN BAGI PEJABAT PENGARAH TANAH & GALIAN NEGERI PERAK TAHUN 2023

Kepada semua ahli,
                                                                                                       
PER  :  MAKLUMAN PENUTUPAN AKAUN BAGI PEJABAT PENGARAH TANAH & GALIAN NEGERI PERAK TAHUN 2023
 
Merujuk pada perkara di atas.
 
Kami dimaklumkan bahawa Pejabat Pengarah Tanah & Galian Negeri Perak akan menutup akaun tahun 2023 pada 27 Disember 2023.
 
Sila ambil perhatian bahawa mulai 4 Disember 2023 (Isnin) pengguna digalakan membuat pembayaran secara tunai, bank draft, kad kredit dan kad debit.

Seperti yang dimaklumkan bahawa tarikh terakhir penutupan akaun adalah pada 27 Disember 2023 (Rabu), sehubungan itu waktu urusan adalah dari jam 8.00pagi sehingga 10.00pagi sahaja. Kaunter tidak akan beroperasi pada 28- 31 Disember 2023 dan transaksi atas talian pula ditutup lebih awal iaitu mulai 26-31 Disember 2023.
 
Untuk sebarang pertanyaan atau soalan sila hubungi Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak.

Sekian,

Terima Kasih.


PN. RAHIMI BINTI RAMLI
Pengerusi
Jawatankuasa Kecil Conveyancing
Jawatankuasa Peguam Negeri Perak

© 2020 All rights reserved by The Perak Bar Committee

Powered by Infinitas Technologies (M) Sdn. Bhd.