PER : MAKLUMAN PENGECUALIAN BAYARAN TERHADAP URUSAN PERSERAHAN MELIBATKAN LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (LPPSA)

Kepada semua ahli,
 
PER : MAKLUMAN PENGECUALIAN BAYARAN TERHADAP URUSAN PERSERAHAN MELIBATKAN LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (LPPSA)
      

Merujuk pada perkara di atas.
 
Kami dimaklumkan oleh Pejabat Pengarah Tanah & Galian Negeri Perak (PTG) bahawa pembayaran terhadap urusan perserahan melibatkan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) adalah DIKECUALIKAN. Walau bagaimanapun, masih terdapat sebilangan kecil firma guaman yang masih membuat bayaran bagi urusan tersebut dan menuntut semula bayaran.
 
Oleh itu, pihak PTG (Perak) memohon jasa baik semua firma guaman supaya membuat semakan terperinci ke atas resit yang dikeluarkan mengenai pengecualian bayaran melibatkan LPPSA dan memastikan bahawa tiada bayaran dibuat seperti yang tertakluk di dalam Peraturan Tanah Perak Perkara 20B kerana proses pengembalian bayaran yang telah dibuat akan mengambil masa dan merumitkan.
 
Kerjasama dari pihak anda amatlah dihargai. Untuk sebarang pertanyaan atau soalan sila hubungi Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak.
 
Sekian,
 
Terima Kasih.
 
 
PN. RAHIMI BINTI RAMLI
Pengerusi
Jawatankuasa Kecil Conveyancing
Jawatankuasa Peguam Negeri Perak

© 2020 All rights reserved by The Perak Bar Committee

Powered by Infinitas Technologies (M) Sdn. Bhd.