• Sunday, October 22, 2017

Efiling Closed on 28 Feb 2013
by perakbar

MAKLUMAN PENTING : PENUTUPAN PEMFAILAN MELALUI TALIAN E-FILING PADA 28 FEBRUARI 2013 BAGI MELAKSANAKAN PROSES MIGRASI KENAIKAN FI MAHKAMAH SELARAS DENGAN BERKUAT KUASANYA PINDAAN KEPADA AKTA MAHKAMAH RENDAH (PINDAAN) 2010 [AKTA 1382], KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH 2012, KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH RAYUAN DAN KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH PERSEKUTUAN

____________________________________________________________________________________________________________________

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sepertimana yang YBhg. Tan Sri / Dato’ / Tuan / Puan sedia maklum, mulai 1 Mac 2013, Akta Mahkamah Rendah (Pindaan) 2010 [Akta 1382] akan dikuat kuasakan. Pada tarikh yang sama, pindaan Kaedah-kaedah Mahkamah 2012, Kaedah-Kaedah Mahkamah Rayuan dan Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan berkenaan dengan kenaikan fi mahkamah juga akan dikuat kuasakan.

3.         Oleh yang demikian, bagi melaksanakan proses migrasi kenaikan fi mahkamah dan kenaikan bidang kuasa Mahkamah Rendah, ADALAH DIMAKLUMKAN bahawa pemfailan secara talian e-filing akan ditutup pada 28 Februari 2013 bagi keenam-enam lokasi e-filing.

4.         Namun demikian, bagi kes-kes terdesak yang memerlukan kesegeraan seperti permohonan untuk injunksi dan pemfailan tindakan di mana kausa tindakan melibatkan had masa pemfailan (limitation period) pada atau sebelum 1 Mac 2013 bolehlah dibuat di kaunter Biro Perkhidmatan e-filing di keenam-enam lokasi e-filing tersebut.

5.         Perlu juga dinyatakan di sini bahawa pemfailan permohonan yang lain selain daripada yang telah dinyatakan di atas adalah tidak dapat dipertimbangkan.

6.         Segala pemfailan yang telah diimbas dan disediakan Notis Pembayaran pada atau sebelum 27 Februari 2013 hendaklah diambil dan dibuat bayaran pada atau sebelum 28 Februari 2013, jam 3.45 petang.

7.         Sebarang kesulitan yang timbul akibat daripada penutupan talian e-filing pada 28 Februari 2013 adalah amat dikesali.

 

Leave a Reply

Photo

Posted at:
February 27th 2013

20:07

Labels:

Courts
Uncategorized
--> -->