• Friday, September 21, 2018

PER : PERTANDINGAN PERBICARAAN MAHKAMAH OLOK-OLOK PER INGKAT KEBANGSAAN 2017 @ PADA 11HB – 12HB NOVEMBER 2017
by perakbar

Selamat Sejahtera Tuan / Puan

Poster Pertandingan

 

Borang Penyertaan Peertandingan Olok-Olok Mahkamah

 


Dengan segala hormatnya kami merujuk kepada perkara di atas.

2.     Sukacita dimaklumkan bahawa  Majlis  Peguam  Malaysia  bersama  Dewan  Bahasa  dan  Pustaka  dan  Universiti  Sains  Islam  Malaysia  akan menganjurkan Pertandingan Perbicaraan  Mahkamah Olok-Olok  Peringkat Kebangsaan 2017.

Butiran lanjut pertandingan tersebut adalah seperti berikut :-

Tarikh    :  11 dan 12 November 2017 (Sabtu dan Ahad)

Masa       :  8.30 pagi

Tempat :  Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus                         

3.     Objektif pertandingan ini adalah untuk memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di dalam bidang kehakiman dan undang-undang di negara ini. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan Bahasa Melayu di dalam kalangan peguam muda, pelatih dalam kamar dan pelajar undang-undang Universiti Awam dan Institut Pengajian Tinggi Swasta.

4.     Bersama ini dilampirkan surat, borang penyertaan dan brosur pertandingan tersebut untuk perserta yang berminat untuk mengambil bahagian.

5.     Untuk sebarang pertanyaan, tuan / puan boleh mengubungi Cik Vanimalar Money Selvam di talian 03-2050 2100 atau e-mel  vanimalar@malaysianbar.org.my.
Sekian, terima kasih.

 

Seketariat

Jawatankuasa Peguam Perak

Leave a Reply

Photo

Posted at:
October 16th 2017

23:45

Labels:

Perak Bar News
--> -->