Assalammualaikum & Salam Sejahtera,
Dato/Datin/Tuan/Puan,
Ahli Jawatankuasa Kecil Bahasa Melayu & Jawatankuasa Kecil Syariah julung kali ingin menganjurkan Majlis “POTLUCK RAYA AIDILFITRI”. Oleh itu, kami ingin menjemput seluruh peguam dan pelatih dalam kamar untuk menghadiri dan memeriahkan lagi majlis ini.
Majlis “POTLUCK RAYA AIDILFITRI” akan di ada kan seperti berikut :-
Tarikh : 25th April 2025 (Jumaat)
Masa : 12.00 Tengah Hari – 4.00 Petang
Tempat : Tetuan Rahimi, Tan & Co
No.14, Lorong Pari
Taman Pari,
30100 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
Senarai makanan yang ingin dibawa boleh dimaklumkan kepada Puan Rahimi (013-4892696), Puan Sabrina (016-6216805) atau Puan Sakinah (010-7690817) bagi memudahkan urusan.
Semoga kehadiran Dato/Datin/Tuan/Puan dapat menghidupkan lagi suasana majlis ini. Dengan kerjasama dan perhatian daripada Dato/Datin/Tuan/Puan amatlah diharapkan dan diucapkan setinggi-tinggi penghargaan. Jumpa anda di sana.
Sekian, terima kasih.
PUAN RAHIMI BINTI RAMLI
Pengerusi
Jawatankuasa Kecil Bahasa Melayu
DATO SHAMSURIAH BINTI SULAIMAN
Pengerusi
Jawatankuasa Kecil Syariah
Powered by Infinitas Technologies (M) Sdn. Bhd.