PER : CADANGAN BANGUNAN BARU BAGI PERAK BAR

Tuan/Puan,
 
PER : CADANGAN BANGUNAN BARU BAGI PERAK BAR 
 
Merujuk kepada perkara diatas.
 
Seperti yang semua sedia maklum bahawa satu usul telah diluluskan dalam sidang AGM 2025 (PERAK BAR) yang telah berlangsung pada 13.02.2025 yang lalu.

Oleh yang demikian, kami amat mengalu-alukan semua ahli Perak Bar untuk memberikan sebarang cadangan mengenai mana-mana bangunan yang diketahui adalah “for sale” bagi memudahkan perbandingan dan pemilihan yang lebih tepat dan sesuai di buat demi memastikan tepat dan selesa untuk sebarang aktiviti kita dapat dilaksanakan pada masa hadapan.
 
Ambil Perhatian bahawa pemilihan bangunan untuk tujuan yang dinyatakan di atas hendaklah memenuhi kriteria seperti berikut :

  1.  Ruang yang besar dan sesuai untuk mengadakan atau melakukan aktiviti seperti ruang untuk bermesyuarat, seminar / “talks”, perpustakaan, jamuan makan, perjumpaan dan lain-lain aktiviti;
  2. Lif yang sedia ada atau mempunyai ruang untuk diubahsuai dan dipasang lif, bagi memudahkan urusan bagi warga emas atau kurang upaya;
  3. Akses ruang tempat letak kereta yang mudah dan banyak;
  4. Akses yang mudah untuk ke Lokasi iaitu lokasinya tidak melebihi 5km daripada kawasan Mahkamah Tinggi/Rendah Ipoh ; dan
  5.  Harga yang berpatutan.

Oleh itu, kami amat berbesar hati sekiranya Tuan/Puan dapat mengutarakan cadangan yang mempunyai kriteria seperti yang dinyatakan di atas. Sekiranya Tuan/Puan mempunyai cadangan, sila maklumkan kepada kami lokasi/alamat bagunan tersebut dan nombor individu yang boleh dihubungi secara email ke perakbar@gmail.com ataupun menghubungi Puan Rahimi di no tel 013-489 2696.
 
Kerjasama dan pihak tuan/puan amat kami hargai ,sekian terima kasih.
 
Yang Benar,
PUAN RAHIMI BINTI RAMLI
Pengerusi 
Jawatankuasa Kecil Bahasa Melayu / Pembangunan

© 2025 All rights reserved by The Perak Bar Committee

Powered by Infinitas Technologies (M) Sdn. Bhd.