PER : HASIL MESYUARAT DENGAN PENGARAH MAHKAMAH NEGERI PERAK PADA 24-9-2025

Peguam

PER : HASIL MESYUARAT DENGAN PENGARAH MAHKAMAH NEGERI PERAK PADA 24-9-2025

Dengan hormatnya kami merujuk perkara diatas.

  1.    Pihak Jawatankuasa Peguam Negeri Perak telah menghadiri mesyuarat dengan YBrs. Pengarah Mahkamah Negeri Perak dan pegawai-pegawai kehakiman pada tarikh 24-9-2025 yang lepas.
  2.   Banyak isu-isu telah ditimbulkan, dibincang dan akan diambil tindakan yang sewajarnya oleh pihak Mahkamah.
  3.   Antara isu yang telah diketengahkan adalah prosiding reman di Mahkamah Majistret Ipoh bermula lambat dan ada juga pegawai penyiasat yang datang lambat. Pihak Mahkamah pada dasarnya setuju supaya pendengaran prosiding reman diawalkan tertakluk kepada perbincangan lanjut dengan pihak berkepentingan, terutamanya PDRM.
  4.  Pada masa yang sama, pihak kami pernah menerima aduan daripada Mahkamah bahawa terdapat isu peguambela gagal menghadiri Mahkamah pada tarikh bicara dan bertindak kerap memohon penangguhan kes di Mahkamah pada peringkat bicara. Para peguam yang dihormati diminta dirujuk kepada Rule 6 Legal Profession (Practice and Etiquette Rules) 1978 di mana ia dinyatakan dengan jelas bahawa :

“(a) An advocate and solicitor shall not accept any brief unless he is reasonably certain of being able to appear and represent the client on the required day.

(b) An advocate and solicitor shall not ordinarily withdraw from an engagement once accepted, without sufficient cause and unless reasonable and sufficient notice is given to the client.”

And Rule 24 Legal Profession (Practice and Etiquette Rules) 1978 di mana ia dinyatakan dengan jelas bahawa :

   “(a) An advocate and solicitor shall make every effort to be ready for trial on the day fixed.

    (b) An advocate and solicitor may apply for postponement of a case fixed for hearing for good and cogent reasons only.”

  1.  Kami turut mendengar aduan daripada pihak Mahkamah bahawa terdapat isu di mana peguambela menghadiri ke Mahkamah dalam keadaan mabuk. Para peguam yang dihormati diminta dirujuk kepada Rule 31 Legal Profession (Practice and Etiquette Rules) 1978 di mana ia dinyatakan dengan jelas bahawa :

     “Every advocate and solicitor shall at all times uphold the dignity and high standing of his profession.”

  1. Adalah amat diharapkan para rakan yang bijaksana dapat mengambil maklum tentang perkara di atas, menitikberatkan tingkah laku yang baik di Mahkamah dan bersama-sama menjaga nama baik dan reputasi profesion yang tercinta.

Sekian, terima kasih,

NG WEI JUN

Pengerusi YBGK/LAC Perak/

Amalan Undang-Undang Jenayah & 

Hak Asasi Manusia 

© 2025 All rights reserved by The Perak Bar Committee

Powered by Infinitas Technologies (M) Sdn. Bhd.