Kepada Peguam-peguam Negeri Perak,
PER : LATIHAN YBGK SYARIAH ANJURAN PERSATUAN PEGUAM SYARIE MALAYSIA UNTUK PEGUAM NEGERI PERAK (22 NOVEMBER 2025)
Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (“YBGK”) telah melaksanakan perkhidmatan bantuan guaman dalam kes jenayah Syariah bermula pada tahun 2024.
Sehubungan itu, YBGK akan menganjurkan satu latihan untuk peguam-peguam di negeri Perak yang berminat untuk memberikan perkhidmatan bantuan guaman dalam kes jenayah Syariah. Latihan tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 22 November 2025 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi – 6.00 petang
Tempat: Level 3, Hotel Casuarina, Meru
Peguam bela dan peguam cara di negeri Perak yang turut beramal sebagai peguam Syarie yang berminat untuk memberikan perkhidmatan bantuan guaman dalam kes jenayah Syariah dijemput untuk menyertai latihan ini.
Penyertaan adalah terhad dan tertakluk kepada kapasiti tempat yang disediakan.
Sila daftar penyertaan anda melalui Puan Nor Farah Afiza binti Rahim, Ahli Jawatankuasa Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Caw. Perak di talian 013-4829890. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 19 November 2025.
Terima kasih.
Yang benar,
NG WEI JUN
Pengerusi
Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam (Perak)
Powered by Infinitas Technologies (M) Sdn. Bhd.