
Tuan/Puan,
PER: JEMPUTAN MENGHADIRI CERAMAH “PSYCHOLOGICAL FIRST AID: SUPPORTING COLLEAGUES IN TIMES OF CRISIS” PADA 11 SEPTEMBER 2026
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Bahasa Melayu, Perak Bar dengan Kerjasama Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCDC) PKD Kinta akan menganjurkan program bertajuk “Psychological First Aid: Supporting Colleagues in Times of Crisis”.
Program ini dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan berkaitan kesihatan mental, di samping memberikan pendedahan kepada peserta mengenai kemahiran asas Psychological First Aid (PFA) dalam memberikan sokongan kepada rakan sekerja yang sedang berdepan dengan tekanan emosi atau situasi krisis.
Butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh : 11 September 2026 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang – 5.00 petang
Tempat : Perak Bar Auditorium
Pendaftaran : https://forms.gle/Xnjq7gJq1uo7w2bm7
Antara pengisian program termasuk:
Program ini turut menampilkan penceramah daripada bidang perubatan dan psikologi yang akan berkongsi ilmu, pengalaman serta panduan praktikal dalam membantu peserta memahami dan menyokong individu yang memerlukan bantuan emosi dan psikologi.
Bersama-sama ini dilampirkan poster program untuk perhatian dan rujukan Tuan/Puan bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan program.
Sehubungan itu, kami amat mengalu-alukan kehadiran Tuan/Puan untuk bersama-sama menyertai program ini. Tempat adalah terhad, dan Tuan/Puan adalah digalakkan untuk membuat pendaftaran lebih awal bagi memastikan tempat dapat ditempah.
Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi di talian 05-241 5457.
Kerjasama, sokongan dan kehadiran Tuan/Puan amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
RAHIMI BINTI RAMLI
Pengerusi
Jawatankuasa Kecil Bahasa Melayu
Powered by Infinitas Technologies (M) Sdn. Bhd.