PER: HASIL MESYUARAT DENGAN PENGARAH PENDAKWAAN NEGERI PERAK PADA 6-8-2024

Edaran kpd semua peguam
 
PER:   HASIL MESYUARAT DENGAN PENGARAH PENDAKWAAN NEGERI PERAK PADA 6-8-2024
           
Dengan hormatnya kami merujuk perkara di atas.
 

  1. Pihak Jawatankuasa Negeri Perak telah menghadiri mesyuarat dengan Tuan PPN dan pegawai-pegawai TPR pada 6-8-2024 yang lepas.

 

  1. Banyak isu-isu telah ditimbulkan, dibincang dan akan diambil tindakan yang sewajarnya oleh pihak pendakwaan.

 

  1. Antara isu yang telah diketengahkan adalah samada peguambela boleh menghantar semula surat representasi yang lama yang telah ditolak oleh mantan PPN kepada PPN dan pihak PPN telah nyatakan bahawa perkara tersebut boleh dibuat sekiranya ada perkembangan baru dalam kes tersebut.

 

  1. Isu repot patologi dan kimia yang telah sedia tetapi tidak dimasukkan dalam IP dan menyebabkan kes tertangguh juga dibincang dan hasil mesyuarat adalah bahawa pihak pendakwaan akan berbincang dengan pihak PDRM untuk menyelesaikan isu ini.

 

  1. Kami turut mendengar rungutan daripada pihak pendakwaan bahawa terdapat isu di mana peguambela menghadiri ke Mahkamah lewat untuk kes jenayah tanpa terlebih dahulu memaklumkan kepada Mahkamah ataupun pihak pendakwaan. Para peguam yang dihormati diminta untuk mengambil perhatian tentang perkara ini agar prosiding Mahkamah dapat berjalan dengan lancar.

 

  1. Dalam pada itu, pihak kami pernah menerima aduan daripada Mahkamah bahawa terdapat isu peguambela gagal menghadiri Mahkamah langsung selepas tarikh bicara telah ditetapkan dan berhenti bertindak tanpa memaklumkan kepada Mahkamah ataupun pihak pendakwaan. Para peguam yang dihormati diminta dirujuk kepada Rule 6 Legal Profession (Practice and Etiquette Rules) 1978 di mana ia dinyatakan dengan jelas bahawa :

            “(a) An advocate and solicitor shall not accept any brief unless he is reasonably certain of being able to appear and represent the client on the required day.

             (b) An advocate and solicitor shall not ordinarily withdraw from an engagement once accepted, without sufficient cause and unless reasonable and sufficient notice is given to the client.”.
 
Diharapkan para rakan yang bijaksana dapat bersama-sama menjaga nama baik dan reputasi profesion yang tercinta.
 
Sekian, terima kasih,
 
NG WEI JUN
Pengerusi Jawatankuasa Kecil Amalan Undang-undang Jenayah & Hak Asasi Manusia
Wakil Jawatankuasa Peguam Perak Daerah-daerah Utara

© 2020 All rights reserved by The Perak Bar Committee

Powered by Infinitas Technologies (M) Sdn. Bhd.