PER : PERTANDINGAN BERBALAS PANTUN UNDANG-UNDANG PERINGKAT KEBANGSAAN
Merujuk kepada perkara di atas.
Sukacita ingin memaklumkan bahawa Majlis Peguam Malaysia menganjurkan progam kerjasama dengan Universiti Sains Islam Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka bagi Pertandingan Berbalas Pantun Undang-Undang Peringat Kebangsaan tahun 2024 (Pertandingan ini berasaskan undang-undang sahaja). Butiran pertandingan adalah seperti berikut:
Tarikh : 25 – 27 Oktober 2024 (Jumaat – Ahad)
Tempat : Fakulti Syariah dan Undang-Undang
Universiti Sains Islam Malaysia
Oleh yang demikian, Jawatankuasa Peguam Negeri Perak ingin menjemput seluruh peguam dan pelatih dalam kamar yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, sila berikan nama kepada Sekretariat Perak Bar.
Kami amat mengalu-galukan bagi mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan ini.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi sekretariat di 05-241 5457.
Muat turun Circular No 255-2024 sini
Sekian, terima kasih.
RAHIMI BINTI RAMLI
Pengerusi
Syariah dan Bahasa Melayu

Powered by Infinitas Technologies (M) Sdn. Bhd.