PER: JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS SYARAHAN KEHORMAT KETUA HAKIM NEGARA DI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

PEKELILING KEPADA AHLI-AHLI JAWATANKUASA PEGUAM PERAK

PER: JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS SYARAHAN KEHORMAT KETUA HAKIM NEGARA DI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengajian Undang-undang, Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menganjurkan Majlis Syarahan Kehormat Ketua Hakim Negara yang akan disampaikan oleh Yang Amat Arif Tun Wan Ahmad Farid Wan Salleh, Ketua Hakim Negara, dengan ketetapan seperti berikut:

Tarikh: 2 November 2026 (Isnin)
Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat: Dewan Mu’adzam Shah (MAS), UUM Sintok, Kedah
Tajuk Syarahan: “Public Trust and Judicial Independence: Why it Matters to the Nation”

Majlis ini merupakan satu program ilmiah berprestij yang memberi peluang kepada para pengamal undang-undang untuk mendengar secara langsung pandangan Ketua Hakim Negara mengenai kepentingan kepercayaan awam dan kebebasan badan kehakiman dalam memperkukuh sistem keadilan dan negara. Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah turut berkenan berangkat menghadiri majlis tersebut.

Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Peguam Perak ingin menjemput ahli-ahli yang berminat untuk menghadiri majlis ini. Sebanyak 20 tempat disediakan untuk ahli Jawatankuasa Peguam Perak, tertakluk kepada pengesahan dan ketersediaan tempat.

Ahli-ahli yang berminat diminta untuk mengesahkan kehadiran dengan pihak Sekretariat Jawatankuasa Peguam Perak dengan kadar segera. Tempat akan diperuntukkan berdasarkan prinsip first come, first served.

Kerjasama dan penyertaan ahli-ahli amatlah dialu-alukan bagi menjayakan penyertaan Jawatankuasa Peguam Perak dalam program ilmiah ini.

Sekian, terima kasih.

Dr Saravanabavan Mathialagan
Pengerusi
Jawatankuasa Peguam Perak 2026/2027

© 2026 All rights reserved by The Perak Bar Committee

Powered by Infinitas Technologies (M) Sdn. Bhd.