PER : PENGENDALIAN KES-KES DI MAHKAMAH TINGGI IPOH DAN MAHKAMAH TINGGI TAIPING SEMASA TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Dear Members,
 
RE    : 1) MAHKAMAH TINGGI IPOH
            2) MAHKAMAH TINGGI TAIPING

  

Merujuk kepada perkara di atas, arahan Mahkamah Tinggi Ipoh dan Mahkamah Tinggi Taiping adalah seperti berikut, menurut arahan yang telah disampaikan kepada kami oleh Timbalan-Timbalan Pendaftar Puan Zulyana binti Zulkifli dan Puan Suhaima binti  Mohd Noor:

 

2. Semua Kes Sivil yang boleh dijalankan secara atas talian  (Permohonan Ex-Parte, Interlokutari dan lain-lain) akan dijalankan secara atas talian  melalui aplikasi Zoom, E-Review dan/atau  pertukaran email tertakluk kepada arahan Mahkamah dan permohonan/persetujuan pihak-pihak.
3. Manakala bagi kes yang memerlukan kehadiran fizikal Defendan dan/atau Pemohonkes-kes  berkenaan akan ditangguhkan ke tarikh yang lain (contohnya kes melibatkan  Perintah Kebankrapan, Perintah Jualan, Perintah Lelongan, Suratkuasa Mentadbir dan Probet). Tarikh baru akan diberikan. Peguam juga boleh membuat semakan tarikh baru melalui sistem EFS dari masa ke masa. Tiada kehadiran fizikal di Mahkamah sepanjang tempoh PKP  BAGI KES-KES SIVIL.

  

4. Bagi kes-kes jenayah yang dijadualkan pada 22 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021 , kes adalah  ditangguhkan dan tarikh baru akan diberikan. Bermula 27 Januari 2021,  prosiding kes-kes jenayah di Mahkamah Terbuka akan dijalankan dengan keutamaan diberikan kepada kes seperti yang dinyatakan di dalam Arahan Mengenai Pengendalian Prosiding Kes Jenayah di Mahkamah Semasa Tempoh PKP  yang dikeluarkan oleh YAA Ketua Hakim Negara bertarikh 20 Januari 2021 dan tertakluk kepada budi bicara Mahkamah.

 

5. Kaunter Pesuruhjaya Sumpah, Kaunter Suratkuasa Wakil dan Kaunter Pendaftaran Sivil adalah ditutup sepanjang tempoh PKP. Namun demikian, bagi dokumen  Suratkuasa Wakil (dalam keadaan khas sahaja bagi dokumen pembatalan),  kaunter hanya akan dibuka melalui temujanji tertakluk kepada kebenaran Timbalan Pendaftar (Pentadbiran).

   

Terima Kasih.


BK
Chairperson
Courts Liaison Committee

© 2020 All rights reserved by The Perak Bar Committee

Powered by Infinitas Technologies (M) Sdn. Bhd.