PER : PEKELLIING PEJABAT TANAH GALIAN BERHUBUNG RUMAH KOS RENDAH

Kepada semua ahli,
 
Adalah dimaklumkan bahawa kami telah menerima surat dari Pejabat Tanah & Galian Negeri Perak bertarikh 17.08.2022 berhubung pemakaian pekeliling Lembaga Perumahan Dan Hartanah Perak (“LPHP”) bagi rumah Kos Rendah oleh PTG.
 
PTG menyatakan bahawa merujuk pekeliling LPHP Bilangan 1 Tahun 2022  bagi permohonan Kebenaran Pindahmilik tanah untuk urusan permohonan Perintah PusakaTurun Milik Akibat Kematian dan Perintah Jual Mahkamah Sebab Gadaian bagi kategori Rumah Kos Rendah di Negeri Perak yang disempurnakan sebelum 30 Ogos 2022 boleh dilaksanakan.  Permohonan yang disempurnakan selepas dari tarikh tersebut perlu mendapatkan surat kebenaran pindahmilik daripada LPHP terlebih dahulu.
 
Sila maklum selanjutnya bahawa pekeliling LPHP  ini turut dilaksanakan oleh semua Pentadbir Tanah Daerah dalam Negeri Perak.
 
Ahli-ahli dinasihatkan untuk menghubungi PTG untuk sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini. 
 
Sekian, terima kasih.
 
 
ZAINAB BINTI YAHYA
Pengerusi Conveyancing
Perak Bar Committee

© 2020 All rights reserved by The Perak Bar Committee

Powered by Infinitas Technologies (M) Sdn. Bhd.