Assalammualaikum & Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,
Ahli Jawatankuasa Kecil Syariah & Bahasa Melayu julung kali ingin menganjurkan Majlis “POTLUCK HARI RAYA AIDILFITRI”. Oleh itu, kami ingin menjemput seluruh peguam dan pelatih dalam kamar untuk menghadiri dan memeriahkan lagi majlis ini.
Majlis “POTLUCK HARI RAYA AIDILFITRI” akan di ada kan seperti berikut :-
Tarikh : 19th April 2024 (Jumaat)
Masa : 12.00 Tengah Hari – 3.00 Petang
Tempat : Perak Bar Auditorium
No.41, Jalan Dato Maharajalela
30000 Ipoh
Perak Darul Ridzuan
Sekiranya ada yang ingin membawa makanan amat dialu-alukan, sila hubungi Puan Rahimi di talian 013-4892696 bagi memudahkan urusan.
Semoga kehadiran Tuan/Puan dapat menghidupkan lagi suasana majlis ini. Dengan kerjasama dan perhatian daripada Tuan/Puan amatlah diharapkan dan diucapkan setinggi-tinggi penghargaan. Jumpa anda di sana.
Sekian, terima kasih.
PUAN RAHIMI BINTI RAMLI
Pengerusi
Jawatankuasa kecil Syariah & Bahasa Melayu