RE : PEMBERIAN PELEPASAN ATAU PENGECUALIAN DASAR KAWALAN PINDAH MILIK PERUMAHAN KOS RENDAH YANG DILAKSANAKAN OLEH LPHP

Kepada semua ahli,

Kami telah dimaklumkan oleh Lembaga Perumahan Dan Hartanah Perak (LPHP) seperti berikut ;

(i)    bahawa proses Pindah Milik Rumah Kos Rendah yang melibatkan Perjanjian Jual Beli atau apa apa instrumen lain yang ditarikhkan sebelum atau pada 29 Mei 2022 dan telah dimatikan setem sebelum atau pada 29 Jun 2022 tidak perlu mendapatkan surat Kebenaran Pindah Milik Rumah Kos Rendah daripada LPHP dan boleh meneruskan proses pindah milik di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak dan Pejabat- Pejabat Tanah dan Daerah Negeri Perak.

(ii)   bahawa Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak dan Pejabat – Pejabat Tanah dan Daerah Negeri Perak hendaklah memastikan agar pemohon mengemukakan salinan dokumen Perjanjian Jualbeli dan Sijil Setem sebagai dokumen tambahan bagi memastikan syarat pelepasan atau pengecualian dipenuhi sebelum proses pindah milik dilaksanakan.

Kami juga dimaklumkan bahawa pelepasan atau pengecualian dasar ini disahkan dan berkuatkuasa secara serta-merta dan bahawa Pendaftar serta semua Pentadbir Tanah Negeri Perak dikehendaki memberikan pengecualian atau pelepasan dasar ini setelah semua syarat dipenuhi sebelum proses pindahmilik dilaksanakan. 

Sekian, terima kasih.
 

ZAINAB BINTI YAHAYA
Chairperson
Conveyancing Sub Committee
Perak Bar Committee

© 2020 All rights reserved by The Perak Bar Committee

Powered by Infinitas Technologies (M) Sdn. Bhd.