Kepada Semua Peguam Negeri Perak,
PER: TAKLIMAT PERLAKSANAAN AKTA BANTUAN GUAMAN DAN PEMBELAAN AWAM 2026 [AKTA 878]
Kami merujuk kepada perkara di atas.
Pihak kami telah menerima jemputan daripada Jabatan Bantuan Guaman (JBG) untuk mengadakan satu sesi taklimat berkenaan Akta Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2026 [Akta 878]. Taklimat ini akan merangkumi penerangan umum mengenai Akta 878 serta perkhidmatan pembelaan awam, khususnya bagi memberikan kefahaman yang lebih jelas berhubung fungsi dan pelaksanaannya apabila dikuatkuasakan dalam masa terdekat.
Tarikh : 18 Mei 2026
Masa : 3.00 petang – 5.00 petang
Tempat : Perak Bar Auditorium
Sekian, terima kasih.
NG WEI JUN
Pengerusi
Bantuan Guaman & YBGK / Amalan Undang-Undang Jenayah
Powered by Infinitas Technologies (M) Sdn. Bhd.