Edaran Kepada Peguam-Peguam Negeri Perak,
PER: TAKLIMAT PERLAKSANAAN AKTA BANTUAN GUAMAN DAN PEMBELAAN AWAM 2026 [AKTA 878]
Kami merujuk kepada perkara di atas dan emel kami bertarikh 13 April 2026.
Adalah dimaklumkan bahawa pihak kami telah menerima makluman daripada Jabatan Bantuan Guaman (JBG) bahawa tarikh taklimat asal pada 18 Mei 2026 terpaksa dipinda. Sehubungan itu, tarikh baharu taklimat adalah seperti berikut:
Tarikh : 25 Mei 2026
Masa : 3.00 petang – 5.00 petang
Tempat : Perak Bar Auditorium
Semua peguam di Negeri Perak, terutamanya peguam-peguam YBGK sedia ada, adalah digalakkan untuk menghadiri taklimat ini.
Tempat adalah terhad kepada 75 orang sahaja berdasarkan kapasiti maksimum Perak Bar Auditorium. Sehubungan itu, mereka yang berminat diminta untuk membuat pendaftaran melalui pautan Google Form di sini.
Bagi peserta yang telah membuat pendaftaran sebelum ini, tidak perlu mendaftar semula. Sekiranya ingin menarik diri, sila maklumkan kepada pihak sekretariat melalui emel di perakbar@gmail.com.
Pendaftaran akan ditutup sebaik sahaja jumlah penyertaan mencapai had yang ditetapkan.
Sekian, terima kasih.
NG WEI JUN
Pengerusi
Bantuan Guaman & YBGK / Amalan Undang-Undang Jenayah
Powered by Infinitas Technologies (M) Sdn. Bhd.