RE: PELARASAN MELALUI PORTAL AWAM E-TANAH, PEJABAT PENGARAH TANAH & GALIAN NEGERI PERAK.

Kepada semua ahli,

PER  :  MAKLUMAN PINDAAN WARTA KERAJAAN NEGERI PERAK DAN PELARASAN MELALUI PORTAL AWAM E-TANAH, PEJABAT PENGARAH TANAH & GALIAN NEGERI PERAK.

Merujuk pada perkara di atas.

Kami dimaklumkan bahawa Pejabat Pengarah Tanah & Galian Negeri Perak telah melakukan pindaan  dalam Warta Kerajaan Negeri Perak, dan melalukan pelarasan bagi semua urusan akan dilakukan secara atas talian seiring dengan keperluan dan situasi semasa.

Sehubungan dengan itu, kami mengemukakan sesalinan pemberitahuan Warta Kerajaan Negeri Perak Pk.P.U.26 bertarikh 23 November 2023 bagi Kaedah-Kaedah Tanah Perak (Pindaan) 2023 : Pindaan Kaedah 20, 20A, 20C dan Pindaan Jadual 4 untuk simpanan dan rujukan semua ahli. Maklumat pindaan adalah seperti berikut :

1) Pindaan Kaedah 20 : Kaedah-Kaedah Tanah Perak 1966 [Pk.P.U.5 tahun 1966], yang disebut “Kaedah-Kaedah Ibu” dalam kaedah-kaedah ini dipinda dalam kaedah 20 :-

    (a) dalam subbutiran 34.(1) dengan menggantikan perkataan “40.00” perkataan “50.00” ;

    (b) dengan memasukkan selepas butiran 34(v) butiran yang berikut:

         “(vi) Per title for Government Department and Statutory Bodies     20.00” ;

    (c) dengan menggantikan butiran 35 dengan butiran berikut :

         “35. Official search S.385 Schedule 4
           (i) Per title        80.00
           (ii) Per title for Government Department and Statutory Bodies           40.00
           (iii) Land Office/Registrar Office                                                                                     –   ” ;

   (d) dalam subbutiran 82(a), dengan menggantikan perkataan “ROW” perkataan “Right of Way”; dan

   (e) dengan memotong butiran (i) dalam perkara berhubungan EXEMPTION.

2) Pindaan Kaedah 20A : Kaedah-kaedah ibu dipinda dengan memotong perkataan “incorporation”.

3) Pemotongan Kaedah 20C : Kaedah-kaedah ibu dipinda dengan memotong kaedah 20C.

4) Pindaan Jadual 4 : Kaedah-kaedah ibu dipinda dengan mengantikan Jadual 4 dengan Jadual seperti yang dikemukakan dalam lampiran yang diberikan.

Oleh yang demikian, bagi urusan permohonan carian rasmi hakmilik, salinan sah hakmilik, permohonan kebenaran pindah milik tanah (MB Consent) serta pengisian permohonan urusniaga pindah milik tanah dan gadaian wajib dilakukan sepenuhnya atas talian (online) melalui portal awam e-tanah.

Untuk sebarang pertanyaan atau soalan sila hubungi Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak.

 

Muat turun  Pindaan Kaedah  sini

Sekian,

Terima Kasih.

PN. RAHIMI BINTI RAMLI
Pengerusi
Jawatankuasa Kecil Conveyancing
Jawatankuasa Peguam Negeri Perak

© 2020 All rights reserved by The Perak Bar Committee

Powered by Infinitas Technologies (M) Sdn. Bhd.